menemui pengalaman yang sentiasa berubah… Apakah aku telah belajar? Saya belajar, Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya, Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai.. Saya belajar, Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya… Saya belajar, Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik. Saya belajar, Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat, Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali Serta orang yang begitu perhatian pada saya. Saya belajar, Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh. Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati. Saya belajar, Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya… Saya belajar, Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu, Mereka pasti pernah melukai perasaan saya…. Dan untuk itu saya harus memaafkannya…. Saya belajar, Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain… Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus… Saya belajar, Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya, Tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan… Saya belajar, Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda, Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza… Saya belajar, Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki, Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya.. Saya belajar, Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya.. Saya belajar, Bahawa saya punya hak untuk marah, Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis… Saya belajar, Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai.. Saya belajar, bahawa orang – orang yang yang saya kasihi, Sering diambil segera dari kehidupan saya… Love does’nt make the world go round. Love is what makes the ride worth while. Buat diriku yang masih perlu belajar, Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini.. ~ Dalam kesibukan mengejar keduniaan dan keredhaan Ilahi, kali ini ana terpanggil untuk turut sama melayarkan pena ini dan menulis di blog ana ini sesuatu yang mungkin memberikan sesuatu erti yang dapat dikongsi bersama. Sebenarnya tiada apa yang ingin dituliskan, namun disebalik ketiadaan itu seperti ada sesuatu yang sepatutnya jari jemari ini sudah lama menuliskan sesuatu yang mungkin ada manfaat disebaliknya untuk semua sahabat-sahabat di luar sana. Firman Allah SWT ini kurenungi..dan kubaca berulang-ulang kali… Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo’a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (al-baqarah:286) Ya Allah, perjalanan kian jauh namun hakikatnya sudah hampir ke destinasi akhir usia, usiaku hari demi hari kian berlalu pergi. Di manakah daku? Sesungguhnya daku yakini bahwa Allah tidak membebankan sesuatu kaum itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Pertemuan dan perpisahan adalah suatu ilmu untuk kukutip. Dalam perjalanan mencariMu ya Allah, daku hampir tewas dan aku kini merayu syahdu di pinggir doaku, agar ada waktu yang tersisa ini dapat kuatur untuk hampir padaMu. Daku akui kelemahan diri ini ya Allah, daku benar-benar lemah, tolonglah daku ya Allah! Di saat daku berdiri teguh di sisi sahabat dan keluarga, rupa-rupanya didepan-Mu, daku umpama mawar layu kekeringan. Mawar yang kekeringan air cintaMu, berikan daku sedikit air cintaMu. Sesungguhnya daku dahaga di padang pasir duniawi. Ya Allah, kurniakan daku sahabat-sahabat dan pendamping hatiku insan-insan yang mendekatkan ku kepada-Mu. Perpisahan itu juga sebuah ilmu untukku. Sahabat, perpisahan adalah sebuah memori, walau entah dengan siapa kita pernah memberi dan menerima kenangan itu. Tapi yang pasti…. bagi siapa yang pernah memberi dan menerima kenangan bersamaku, akan ku abadikan ia sebagai lakaran sebuah lukisan ujian dari Allah buat diriku. Sedikit pun tak pernah terlintas difikiranku akan melukiskan sebuah kenangan yang tragis, penuh emosi, penuh kekecewaan, pengorbanan yang tak berbalas, cinta yang tidak kesampaian, hidup yang tersia-sia, kesetiaan yang tak dihargai.. di manakah daku ya Allah? Apabila ku kutip semula FirmanMu… di dalam ayat-ayatMu memberikan daku jawapan atas semua itu, di sebalik semua itu air mataku menjadi kekeringan. Walau air mata ini hakikatnya sudah tiada lagi, yang ada hanya air mata di hati yang tak terlihatkan. Doa kudus ku berikan dari jauh untuk semua insan di luar sana. Semoga rahmat Allah memayungi hati kita. Membuka hati-hati agar lebih kenal akan cinta Allah dan dunia yang cuma sekadar alam fana ini “Wahai diriku, bersabarlah..janganlah berputus asa dalam kehidupan ini. Allah itu dekat, terlalu dekat dari urat lehermu. Jika engkau tidak mendapat apa yang engkau inginkan mungkin Allah akan menggantikan engkau sesuatu pengganti yang lebih baik.” Allah tahu, tetapi engkau tidak tahu apa yang ada di depanmu. Kesatlah air matamu itu, gantikannya dengan senyuman penawar hati di setiap musibah itu. selalulah menyebut Alhamdulillah….Wahai diriku, Allah sayang padamu, dia tahu apa saja keburukan dan kebaikan untukmu, jadi terimalah seadanya takdir PenciptaMu itu. Yakini dan berdoa agar diberikan terbaik dalam hidupmu dna itulah yang terbaik apabila terjadi sesuatu ketetapan. Ya Allah, adakah daku ini terlalu jujur, terlalu baik, terlalu setia, terlalu memberi, terlalu menerima seadanya, terlalu sabar dengan apa pun yang manusia lemparkan padaku, terlalu simpati dan terlalu mudah memaafkan…namun tiadakah sedikit kebahagiaan buatku. Kusedari diri ini penuh dosa, penuh kesalahan dan kekhilafan. setiap waktu ku ingin insafi diri…ku sedar ku tak layak utk syurgaMu, namun kuharapkan mahgfirah dan kasihsayangMu selalu ada dihatiku. Ya Allah, Adakah kerana kebaikan itu daku tak mampu memiliki secebis kebahagiaan dalam hati ini. Ku Cuma inginkan sedikit dan setitis kebahagian itu akan terbit utkku satu hari nanti. Walau setitis cuma, aku amat menghargainya wahai Pencipta hati. “Wahai Pencipta hati, daku redho akan takdirMu. Di sebalik ini semua daku bersyukur padaMu Ya Rabbi. Syukur ku panjat atas segalanya. Daku kini mengerti… sifat sebagai hambaMu, daku sekadar berusaha, sabar… dan jangan sekali berputus asa, segala natijah dan keputusan hanya Allah yang berhak memutuskan dan mengetahui yang terbaik untuk diri setiap manusia. Jalan terakhir hanya berDOA. DIA Maha Tahu apa yang berlaku dihadapan sana. Cuma.. bagaimana kita ingin menghadapi dugaan hati selepas sesuatu hajat kita tidak kesampaian. Ya Allah! Lemahnya diriku ini rupa-rupanya. Ya Allah, hakikatnya cinta Mu adalah cinta segala-galanya. Tetapi bisikan syaitan telah mengoda dan mengalihkan cinta ini agar jauh dariMu. Ya Allah, ku tak seteguh siti khadijah, tak sesuci cinta Rabiatul Adawiyah dan sekental iman siti Asiah. Namun ku ingin mati di saat cintaku satu hanya untukMu. Mati dalam perjuangan mendapatkan redhoMu. Terlalu sukarnya mengapai impian itu… Buat insan yang pernah memberi dan menerima kenangan bersamaku atau bersama insan-insan lain, sesungguhnya kenangan suka atau duka itu adalah sebuah ujian dari Allah utk hati kita. Segala emosi yang lahir adalah merupakan dugaan untuk hati. Kekdang saat kita teruji syaitan telah memainkan jarum memarakkan suasana, dan di saat itu kita terlupa. Astaghfirullahal’azim..sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri. Wahai diriku, janganlah kecewa atau putus asa, orang beriman apabila terlupa ia akan segera kembali kepada Tuhan, itulah fitrah kejadian manusia….jadikanlah esok adalah hari yang terbaik untuk ku bina hati yang baru bersamaMu. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah :216) “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – (Surah At-Taubah :129) Catatan pena-cahayakuiman (dimuatkan juga sedikit petikan dari novel terbaru cahayakuiman)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s


%d blogger menyukai ini: