Di Atas Sejadah Cinta “Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya larikan wajah dan suaranya, ya Ilahi, berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu.”Karya Habiburrahman El-Shirazy Cinta….. Di atas sejadah cinta, novel kegemaran yang menuntun hati dgn cinta, agar kembali pada fitrah cinta nan suci. Cinta… kalimah yang bisa mengetarkan hati. Pada insan yang masih tercari-cari cinta. Cinta itu sesuci embun diwaktu pagi, bak sekudus doa taubat kepada penciptaNya dan alam penuh seribu misteri. Cinta tak mengenal siapakah dia,apakah dia, bagaimanakah dia, dan dari manakah dia.Cinta perasan penuh misteri,namun ianya suci dan indah andai diberikan kpd insan yg benar-benar telh ditakdirkan utk kita…’dia’ lah insan itu….. “Ya Ilahi, wahai pemilik segala hati. Ku bersujud pdMu. Terimalah taubatku dengan dosa2ku ini. Daku berdosa dan derhaka padaMu. Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa di kala ini, hambaMu ini teruji dgn hati dan dunia. Wahai Yang Maha Penyayang, berdosakah daku jika perasaan itu hadir pada hambaMu yang bergelar makhlukMu. Ya Ilahi.. ampunilah dosa-dosaku atas airmata ini yg tidak dapat menahan perasaan cinta itu, sesungguhnya Engkau Maha Mengerti bahawa hati ini tidak bisa menolak fitrah yang Engkau ciptakan. Daku lemah ya Ilahi, lemah dengan dugaan hati yang telah semampu kudrat ku tepis-tepis agar tidak mengganggu cintaku padaMu.. izinkanlah airmata ini mengalir kerna tangisan ini tak mampu ku bendung lagi..” “Wahai Ilahi, tuntunlah daku agar cinta ini suci dalam redhoMu. Janganlah Engkau biarkan daku sendirian. Daku tak berdaya. Sesungguhnya segala isi alam di tanganMu Wahai Yang Maha Tahu. Sesungguhnya, daku tak mahu kehilangan cintaMU..dan juga ku tak mampu memalingkan rasa cintaku padanya. Ya Ilahi, andai Engkau mengetahui dia terbaik dan tercipta untukku, bagi diriku dan agamaku, usahlah Engkau biarlah hatinya dan hatiku terbiar jauh dariMu, dekatkanlah hati kami pada cinta yg suci dengan ikatan yang Engkau redhoi. Satukan hati kami dlam redho dan rahmatMu.” “Ya Ilahi, bimbinglah daku dan dirinya ke jalan yang lurus. Seandainya juga dia bukan terbaik untukku,bukan tercipta untukku. Jadikanlah hatiku ini redho dgn takdirMu. Hilangkanlah dia dari hatiku, mimpiku, dan hidupku saat ini dan selama-lamanya. Temukanlah dia dengan insan yang lebih baik, yang dapat memimpinnya kejalan cintaMu. Temukan daku dgn insan sebaik dirinya. Ampunilah daku ya Ilahi, sesungguhnya daku wanita lemah yang hanya punya airmata sebagai teman. ampunilah daku ya Allah, kerna airmataku ini menitis di hadapanMu kerna makhlukMu, kerna dosa2ku padaMu, kerna setitis cinta pada makhlukmu yang lahir tanpa ku pinta.” “Ya Ilahi, ku ingin hidup dan matiku dlm redho Mu, ampunilah segala dosa-dosaku yang seluas air di lautan , setinggi gunung-gunung ciptaanMU. Ampunilah juga dosa-dosa insan lain. Terimalah taubat hambaMu yang hina ini dan andai takdir Mu telah tertulis di Luh Mahfuz, daku redho apapun yang Engkau takdirkan, walaupun andainya ku kehilangan dunia, dan insan yang kucintai demi meraih cintaMu. Semoga pabila saatku bertemu denganMu, taubatku bersatu dalam rahmatMu. Ku merayu penuh syahdu dengan titisan airmata ini, Engkaulah harapanku,hidupku dan matiku, janganlah hampakan perasaan hambaMu ini….amien.” Cinta itu urusan hati,manakala hati itu urusan Allah.. Jangan bermain dengan hati “Nah, ambil benda ni. Apa ni? Hati aku Hati kau? Hmm.. Kenapa kau sudi kasi pada aku? Sebab kau sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih. Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh ye ke? Tapi maaf, untuk apa? Sebab. Aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian sahaja. Maksud kau. Aku pernah beri pada orang lain juga, tapi aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut, ia tak dijaga sebaiknya. Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata dan sebagainya. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya. Mungkin, tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup kau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ia bukan benda percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih. Insan istimewa. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. Aku insan terpilih? Ya, kau terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan. Ia terlalu sensitif. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku. “Musuh”, mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang kau tak mengerti. Sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama. Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ,wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah. Make a comment Permalink Sajak ini ku tujukan istimewa buat bakal teman hidupku….. Maafkan ku kerna tak dapat memberikan apa-apa, kerna semua yang ada padaku dan yang menjadi milikku adalah milik Allah, Namun yang mampu ku berikan adalah kejujuran, ketaatan, keikhlasan, kebahagiaan dan ketenangan bersamamu dlm menuju redho ILAHI, selagi nadiku masih bernafas di dunia hingga ke syurga… Tidak Ku impi….. Tidak ku impi kau insan sempurna, Kerna sedar kau jua sepertiku, Mengheret gayutan masa-masa lalu, Akibat kealpaan diri yang dulu, Tidak ku harap engkau insan agung, Diarak pujian maha melambung, Ku akur kau jua sepertiku, Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri, Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit, Tidakku perlukan serami bangsawan, Menghambuskan aku dengan kemewahan, Jauh sekali pangkat dan gelaran, Yang cuma mulia dibibir manusia, Tapi kosong di sisi ILAHI, Mengangkat riya’ dan takbur dipinggir hati, Aduhai bakal suamiku……. Ku impikan kau seadanya, Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat, Berusaha sepenuh kudrat, Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat, Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita.. menjadi suratan hakikat… Amien… Dr Juanda Jaya SETIAP hamba pasti pernah melalui hari mendung dalam hidupnya. Ketika itu dia akan berada dalam zon iman yang lemah dan keadaan itu membuat dirinya sangat tertekan. Apakah mungkin hidupnya boleh tenang jika hubungan dia dengan Allah Taala terancam? Banyak sebab yang menyumbang kepada keadaan seperti itu. Antaranya ialah jika kita terlalu obses terhadap dunia hingga melupakan matlamat sebenar hidup ini. Tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana hati anda masih lagi hidup dan berasa sempit apabila menyedari kealpaan yang lalu. Anda masih memiliki semangat untuk bangkit mencari iman yang hilang. Tetapi persoalannya, di manakah kita boleh menemukan iman yang hilang itu? Ada beberapa tempat yang boleh kita kunjungi untuk mencari keimanan sejati. Antaranya; Di hati kita sendiri. Sesiapa yang mahu memperbaiki diri mesti melihat ke dalam lubuk hatinya. Di situlah asal mula kebaikan bercambah menjadi benih yang baik. Hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuannya, kenapa kamu lakukan itu dan ini? Untuk siapa dan apa faedahnya? Hanya ada satu zat yang dapat menguatkan hati kita, apabila kita bersandar padaNya maka hilanglah segala beban yang menyesakkan dada. Siapakah yang kita cari jika hati terlalu sedih? Siapakah yang kita tuju jika mara bahaya telah mengepung dari segenap penjuru? Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – (Surah Yunus: Ayat 107). Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT, di situlah akan bermula segala kebaikan tercipta. Hati yang membisikkan pada kita supaya bertaubat, melupakan segala yang berlalu dan memulakan hidup baru. Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah SWT, tempat berkumpul rahmat dan hidayah-Nya bagi mengikis segala syahwat yang melekat di dindingnya. Jika hati boleh disentuh umpama mangkuk kristal yang mahal, tuan empunya sudah tentu menjaganya dengan penuh kasih sayang. Jangan ada debu yang melekat, sentiasa dibersih dan diletak pada tempat yang aman. Tiada tangan kotor yang mampu menjamah. Tapi sayang hati itu begitu murah pada pandangan manusia yang lalai, di biarkan retak menanti pecah berderai oleh dosa yang hitam. Masihkah ada peluang bagi kita membersih hati yang dicipta Allah SWT untuk merasai sejuta nikmat. Nikmat iman dan Islam, nikmat kebahagiaan dan ketenangan. Al-Fudail bin ‘Iyadh berkata: “Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal perbuatanmu. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain.” Iman yang hilang dan kehidupan sempit itu akan segera berakhir jika kita bersedia memperbaiki hubungan kita dengan Allah Taala. Melicinkan hati dari debu yang melekat, kerana tiada seorangpun yang sanggup menderita tanpa cahaya iman.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s


Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: